XM Menyokong Misi Malala Fund untuk Memberi Pendidikan kepada Setiap Remaja Perempuan

Disiarkn di 25/05/2021 09:56 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

XM telah menyumbang kepada Malala Fund untuk menyokong usaha mereka bagi memberi akses pendikan kepada remaja perempuan di seluruh dunia. Lebih daripada 130 juta remaja perempuan di seluruh dunia tidak diberi peluang untuk mendapatkan pendidikan. Terdapat banyak sebab antaranya: kemiskinan, peperangan dan buruh kanak-kanak di samping diskriminasi jantina dan perkahwinan awal.

Hasil kerja Malala Fund meliputi peningkatan akses pendidikan di peringkat tempatan, nasional dan antarabangsa di seluruh dunia. Misi mereka adalah untuk memastikan sebanyak mungkin remaja perempuan mendapat akses pendidikan percuma, selamat dan berkualiti selama 12 tahun.

Organisasi tidak berasaskan keuntungan ini diasaskan oleh Malala Yousafzai, aktivis Pakistan untuk pendidikan wanita dan pemenang Hadiah Nobel termuda dan bapanya, Ziauddin. Ianya mempunyai 58 pasukan yang bekerja di seluruh Afghanistan, Brazil, Ethiopia, India, Lubnan, Nigeria, Pakistan dan Turki.

Inisiatif tanggungjawab sosial XM dihubungkan oleh matlamat menyeluruh untuk membantu menjadikan dunia sebagai tempat yang lebih baik. Kami menyokong banyak organisasi di seluruh dunia yang tujuannya adalah untuk membantu dan memperbaiki kehidupan mereka yang kurang bernasib baik, mereka yang memerlukan dan memberi peluang sama rata kepada seberapa banyak orang.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai hasil kerja Malala Fund dan membuat sumbangan, lawati laman web mereka di sini.