Seminar XM Dijalankan Untuk Pedagang Miri dan Johor Bahru

Disiarkn di 02/05/2018 07:28 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Jelajah seminar XM yang bermula di Malaysia pada awal tahun ini telah singgah ke Miri dan Johor Bahru dan kami sangat gembira dengan kehadiran ramai pelabur-pelabur online yang telah membuat pilihan untuk belajar dari yang terbaik.

Seminar bertajuk Strategi Pelaburan Dalam Dagangan Online telah disampaikan oleh instruktor profesional Zulle Razak di Johor pada 14 April dan Miri pada 29 April lalu.

Pelabur online yang hadir ke acara ini mendapat banyak maklumat berguna dari Zulle Razak mengenai dagangan forex di mana mereka telah mendapat pemahaman yang lebih lanjut tentang bagaimana pasaran global berfungsi, faktor-faktor makroekonomi yang penting serta bagaimana untuk menganalisis pergerakan pasaran dan menyesuaikan keputusan dagangan dengan sewajarnya.

Zulle Razak memberi penekanan terhadap analisis teknikal dan fundamental yang boleh digabungkan untuk mendapatkan hasil yang lebih baik apabila menganalisis tindakan harga dan kekuatan trend pasaran. Beliau turut berkongsi panduan untuk membina strategi dagangan mengikut matlamat pelaburan individu, cara dagangan harian atau swing serta kaedah untuk mengikut pelan risiko individu.

Kami ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua pelanggan, tidak kira yang masih baru atau lama yang telah hadir ke seminar percuma kami di Johor Bahru dan Miri. Kami juga ingin memaklumkan kepada mereka yang tidak sempat hadir ke seminar-seminar yang telah dijalankan, destinasi terakhir untuk siri jelajah ini akan di adakan di Melaka pada 12 Mei dan mereka boleh menempah tempat untuk seminar ini dengan segera.

Untuk maklumat lanjut tentang seminar di Melaka serta pendaftaran, klik sini.