Lawatan Seminar XM Tiba di Buenos Aires dan Santiago

Disiarkn di 14/11/2018 08:21 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Siri seminar dagangan intensif forex oleh XM telah bermula di Amerika Latin pada dua bulan yang lepas kini telah tiba dua destinasi yang terakhir iaitu: Buenos Aires, Argentina, pada 3 November dan Santiago, Chile, pada 10 November.

Walaupun ini bukan pertama kali seminar forex profesional di Amerika Latin, kami sekali lagi berasa gembira menganjurkan acara pendidikan buat pelabur atas talian yang sudi mempelajari teknik-teknik dagangan yang mampan.

Jarek Duque, Ketua Pengajar bagi Amerika Latin telah menyampaikan seminar yang benar-benar memberi inspirasi di setiap tempat acara yang dijalankan di mana sebilangan besar peserta berpeluang menerima bimbingan profesional mengenai bagaimana untuk menerapkan teknik-teknik dagangan swing.

Acara kemuncak seminar ini adalah alatan analisis teknikal yang membantu para pedagang memahami mekanisme trend pasaran, mentafsir corak carta pelbagai hari dan mengesan pergerakan besar harga pasaran. Untuk menunjukkan teori dalam tindakan, Jarek Duque memperkenalkan penggunaan dua indikator yang terkenal kepada peserta acara yang dikenali sebagai Indikator Avramis Swing dan Indikator Avramis Swing Reversal yang dibangunkan oleh Akademi Dagangan Tradepedia.

Seminar di setiap bandar diakhiri dengan undian cabutan bertuah XM. Para pemenang dan hadiah yang dimenangi boleh dilihat di bawah.

Pemenang Cabutan Bertuah – Buenos Aires

Hadiah MT4/MT5 ID Akaun
Hadiah Pertama: Komputer riba HP 16144165
Hadiah Ke-2: 900 XMP (XM Poin) 13680312
Hadiah Ke-3: 600 XMP (XM Poin) 13212023
Hadiah Ke-4: 300 XMP (XM Poin) 38146962

Pemenang Cabutan Bertuah – Santiago

Hadiah MT4/MT5 ID Akaun
Hadiah Pertama: Komputer riba HP 3184600
Hadiah Ke-2: 900 XMP (XM Poin) 12056740
Hadiah Ke-3: 600 XMP (XM Poin) 4255212
Hadiah Ke-4: 300 XMP (XM Poin) 38177467

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mengambil bahagian dalam seminar di Buenos Aires dan Santiago kerana minat dan semangat mereka dalam memanfaatkan pendidikan forex percuma yang disediakan oleh XM di Amerika Latin.