XM Kembali ke Manila dengan Seminar CFD Percuma

Disiarkn di 06/03/2018 11:00 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Pada 4 Mac yang lalu, XM telah hadir ke Manila, Filipina dengan satu seminar percuma untuk topik mengenai penggunaan analisis teknikal dalam dagangan CFD.

Pelaksanaan seminar dagangan percuma di Asia Tenggara merupakan sebahagian besar daripada program pendidikan XM sejak beberapa tahun lalu dan ibu negeri Filipina menjadi lokasi terkini kami untuk acara kali ini.

Seminar ini dianjurkan di Hotel Dusit Thani Manila dan disampaikan oleh Jonathan Lou Reyes di mana beliau telah menunjukkan maklumat-maklumat penting tentang dagangan instrumen kewangan CFD pada platform MT5. Memandangkan Kontrak Perbezaan adalah alat yang fleksibel dan berkuasa untuk pelaburan dalam pelbagai instrumen kewangan, peserta yang hadir dapat mengetahui banyak maklumat berguna tentang strategi dagangan jangka masa pendek dan panjang serta penggunaan analisis teknikal untuk mendapatkan manfaat dari tindakan harga.

Selain topik pasaran CFD global, Jonathan Lou Reyes memperuntukkan sebahagian besar waktu seminar untuk teknik-teknik pelaburan saham, indeks saham, logam berharga dan tenaga dengan tumpuan utama kepada teknik Moving Average Ribbon yang dapat membantu pelabur mengikuti pergerakan pasaran dan mengetahui waktu yang sesuai untuk masuk dan keluar dari pasaran.

Seminar ini berakhir dengan cabutan bertuah XM di mana nama peserta bertuah telah dicabut dan kami mengucapkan tahniah sekali lagi kepada semua pemenang yang bertuah.

Pemenang Cabutan Bertuah

Hadiah ID Akaun MT4/MT5
Hadiah 1: Telefon Huawei Y7 Prime 32GB 3029658
Hadiah 2: Telefon Huawei Mate 10 64GB 34045987
Hadiah 3: Apple iPad 9.7 Wi-Fi 32GB 14005284

Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pelanggan yang telah hadir ke seminar percuma di Manila dan kami berharap topik yang disampaikan juga berguna untuk meningkatkan lagi kemahiran dagangan mereka.

Pendaftaran untuk siri seminar akan datang di dua bandar di Filipina telah dibuka dan maklumat lanjut boleh didapati di sini.