XM sertai Yayasan Sahabat Veteran untuk Menyokong veteran Indonesia

Disiarkn di 09/11/2021 11:36 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Untuk menandakan Hari Kemerdekaan Indonesia yang ke-76 pada bulan Ogos, XM bekerjasama dengan Yayasan Sahabat Veteran, organisasi tidak berasaskan keuntungan, pada bulan September.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua 406 peserta yang telah menyumbang dan menjayakan acara ini.

Seperti yang disebut dalam promosi, kami juga turut menderma kepada inisiatif Yayasan Sahabat Veteran. Untuk setiap pelanggan yang layak pada Tahap 1 kami menderma $2, untuk setiap pelanggan yang mencapai Tahap 2 kami menderma $4 dan untuk setiap pelanggan yang mencapai Tahap 3 kami menderma $6!

Yayasan Sahabat Veteran berdedikasi untuk membantu veteran di seluruh Indonesia, tanpa mengira etnik, agama atau jantina mereka turut menyumbang kepada masyarakat dengan memfokuskan pendidikan kepada generasi muda.

Inisiatif tanggungjawab sosial XM yang luas disambungkan oleh objektif tunggal untuk membantu menjadikan dunia tempat yang lebih baik. Kami menyokong pelbagai organisasi di seluruh dunia yang cuba membantu atau memperbaiki kehidupan mereka yang kurang bernasib baik, mereka yang memerlukan untuk mewujudkan peluang sama rata kepada seberapa ramai orang yang kami boleh.

Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan Sahabat Veteran di Indonesia dan menderma mengikut budi bicara anda sendiri, sila layari laman web mereka di sini.