XM Menyertai Larian Amal bagi Mengumpul Dana untuk Pesakit Kanser

Disiarkn di 10/11/2021 09:30 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Di XM, kami sangat percaya dalam membantu memerangi kanser. Oleh kerana itu, kami mengambil bahagian dalam kempen We Run for Life bagi mengumpul wang untuk Persatuan Pesakit Kanser dan Rakan Cyprus (PASYKAF).

Organisasi PASYKAF mempunyai lebih dua dekad pengalaman dalam memperbaiki kehidupan pesakit yang menghidap kanser. Ia didedikasikan bukan sahaja untuk mengubah mentaliti orang luar tentang kehidupan dengan kanser, tetapi juga menyediakan keperluan kesihatan profesional, perkhidmatan penjagaan paliatif di rumah dan program pencegahan.

Untuk menyokong dalam misi mereka, pekerja XM mendaki Amiantos, Cyprus, pada 26 September untuk acara amal tahunan. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang mengambil bahagian pada hari tersebut!

Membantu komuniti yang memerlukan adalah penting bagi kami di XM, dan kami akan terus menyumbang kepada inisiatif sedemikan di seluruh dunia.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai PASYKAF dan menderma mengikut budi bicara sendiri, sila lawati laman web mereka di sini.