Seminar Forex XM Berakhir dengan Kejayaan di Kota Bharu

Disiarkn di 05/10/2018 07:03 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Kami amat berbesar hati kerana diberi peluang sekali lagi untuk bertemu dengan pelabur atas talian Malaysia di Kota Bharu pada 29 November yang lepas di mana XM menganjurkan seminar dagangan forex mengenai penggunaan teknik-teknik dagangan.

Pelanggan-pelanggan sedia ada dan baru yang mengikuti acara tersebut untuk memperbaiki dagangan mereka telah menerima tunjuk ajar yang berguna daripada tenaga pengajar profesional iaitu Zulle Razak mengenai beberapa aspek teknik dagangan.

Dalam penyampaian beliau secara terperinci, Zulle Razak mengutamakan kepentingan khusus bagi menekankan hubungan untuk menggabungkan pelbagai teknik dalam satu strategi dagangan yang lengkap. Antara perkara lain, tetamu acara kami menerima demonstrasi praktikal bagaimana untuk menggabungkan indikator-indikator apabila melihat carta untuk mengenalpasti kemungkinan titik masuk dan keluar dalam dagangan.

Memandangkan seminar ini sepenuhnya berdasarkan aspek praktikal dagangan, tajuk yang disampaikan oleh Zulle Razak telah memenuhi tujuan utamanya, iaitu membantu pedagang bagi mendapatkan pemahaman yang penuh dalam teknik-teknik pelaburan yang berfungsi dengan cekap.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menghadiri seminar XM di Kota Bharu dan kami juga ingin mengumumkan bahawa perjalanan seminar kami akan berterusan di Malaysia pada bulan-bulan yang akan datang.

Untuk bacaan lebih lanjut tentang seminar percuma kami yang akan datang di Kuching dan Kuantan, sila tempah tempat duduk dan tarikh pilihan anda di sini.