Seminar Forex XM Menjangkau ke Bangkok dan Korat

Disiarkn di 18/02/2020 10:42 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Tidak dinafikan lagi bahawa pendidikan adalah pelaburan yang terbaik kepada mana-mana pelabur atas talian sebelum mereka memulakan dagangan. Bagi semua yang telah mengambil bahagian dalam seminar XM yang terbaru di Thailand ianya adalah terbukti benar.

Di samping meneruskan pendidikan forex percuma kami yang tiada sempadan, membawa lebih ramai pedagang forex lebih dekat dengan dunia kewangan dan teknik-teknik yang diperlukan untuk menguasai amalan pelaburan atas talian, kami berkunjung ke Bangkok pada 1 Februari dan Korat pada 15 Februari dengan seminar forex lanjutan.

Acara pendidikan ini terbukti mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan daripada para peserta di setiap bandar, terima kasih kepada butiran yang telah disampaikan oleh Sompop Jittrakul mengenai Penggunaan Indikator Teknikal untuk Mengenal Pasti Peluang Dagangan diberi penekanan dalam aspek praktikal pelaburan.

Selain penggunaan indikator teknikal forex, tetamu acara kami berpeluang untuk membiasakan diri dengan Indikator Avramis Analyser, alat analisis teknikal Tradepedia yang memberikan pedagang dengan analisis automatik daripada beberapa indikator dalam masa beberapa saat.

Jelajah seminar kami ke seluruh Thailand dijangka akan berada di lokasi seterusnya pada bulan-bulan yang akan datang. Untuk membaca lebih lanjut dan menempah tempat duduk anda lebih awal, sila klik sini.