Pendidikan Percuma XM Temui Pedagang di Davao dan Iloilo

Disiarkn di 04/10/2018 07:09 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Selepas seminar di Manila pada 25 Ogos yang lepas, pada minggu-minggu berikutnya XM menganjurkan lagi 2 seminar dagangan forex untuk pedagang atas talian Filipina di Davao dan Iloilo, Filipina.

Seperti kebiasaan, ia adalah satu pengalaman yang berharga untuk bertemu dengan pelanggan-pelanggan baru kami dan sedia ada serta mengalu-alukan kedatangan mereka ke acara pendidikan yang direka untuk memenuhi keperluan pembelajaran dan menyediakan pendidikan yang profesional supaya boleh menyumbang kepada pembangunan kemahiran dagangan mereka.

Topik seminar iaitu penggunan teknik analisis teknikal dalam dagangan forex atas talian dijelaskan secara terperinci oleh tenaga pengajar profesional, Jonathan Lou Reyes yang merungkai beberapa siri indikator teknikal termasuk Avramis Swing yang boleh digunakan untuk mengenalpasti trend pasaran dan juga mengurus risiko. Bagi semua yang hadir pada seminar yang diadakan di dua bandar tersebut, seminar tersebut menawarkan banyak kelebihan terutamanya dalam kebolehlaksanaannya.

Siri seminar ini akan berterusan pada musim luruh ke destinasi yang baru seperti Baguio, Cebu dan Cagayan de Oro di mana kami berharap untuk mengalu-alukan kedatangan pelanggan-pelanggan XM yang ingin mengembangkan kemahiran dagangan mereka.

Untuk maklumat lanjut tentang seminar yang akan datang dan pendaftaran awal, sila klik sini.