XM Menyumbang kepada Indonesia Siap Siaga

Disiarkn di 02/04/2021 08:46 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Pada 25 Februari 2021, XM menyumbang kepada projek pengumpulan dana Indonesia Siap Siaga dalam menyediakan bekalan makanan, perubatan dan kebersihan untuk mangsa gempa bumi baru-baru ini yang melanda wilayah tersebut.

Siap Siaga adalah projek bagi Dompet Dhuafa, sebuah organisasi Indonesia tidak berasaskan keuntungan yang menyalurkan bantuan kepada orang yang memerlukan. Sumbangan kami ditujukan untuk pengedaran Kit Kebersihan kepada mangsa gempa bumi.

Kami tetap komited untuk menyokong orang yang kurang bernasib baik di seluruh dunia dan untuk mewujudkan peluang yang sama rata. Kami akan mengambil lebih banyak inisiatif tanggungjawab sosial pada masa akan datang, untuk membantu seberapa banyak orang yang kami boleh.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Dompet Dhuafa dan menyumbang mengikut budi bicara anda sendiri, layari laman web mereka di sini.