Gerakan Kemanusiaan - Mewujudkan Peluang Sama Rata

Misi kami adalah untuk memberi kehidupan yang lebih baik kepada individu tanpa mengira latar belakang agama,
budaya atau etnik serta membantu mereka untuk mengembangkan potensi diri mereka.

Pendidikan dan Pembangunan Kemahiran

Melakukan projek yang membantu individu mendapatkan pendidikan dan membina kemahiran vokasional

Bantuan Antarabangsa

Bekerjasama dengan yayasan bantuan kemanusiaan tempatan dan antarabangsa yang aktif

Visi kami adalah untuk memberi impak positif terhadapkualiti kehidupan manusia di seluruh dunia.

Misi Kemanusiaan Terbaru Kami

post-image

XM Menyumbang kepada Organisasi Tidak Berasaskan Keuntungan Misr El Kheir untuk Dana Air Bersih

Disiarkn di 24/11/2021 14:17 GMT

Kami ingin mengumumkan bahawa kami telah menderma kepada organisasi tidak berasaskan keuntungan Misr El Kheir untuk menyokong usaha mereka dalam menyampaikan bekalan air minuman bersih di kawasan luar bandar dan perkampungan di Mesir. Bekalan air bersih di luar bandar Mesir adalah satu masalah yang berterusan, dengan berjuta penduduk masih tidak mempunyai bekalan air yang selamat. Kekurangan air bersih mengakibatkan sanitasi yang buruk dan penularan penyakit yang membawa maut terutamanya kepada kanak-kanak. Misr El Kheir mempunyai program yang baik dalam pemberian [..]

post-image

XM Menyertai Larian Amal bagi Mengumpul Dana untuk Pesakit Kanser

Disiarkn di 10/11/2021 09:30 GMT

Di XM, kami sangat percaya dalam membantu memerangi kanser. Oleh kerana itu, kami mengambil bahagian dalam kempen We Run for Life bagi mengumpul wang untuk Persatuan Pesakit Kanser dan Rakan Cyprus (PASYKAF). Organisasi PASYKAF mempunyai lebih dua dekad pengalaman dalam memperbaiki kehidupan pesakit yang menghidap kanser. Ia didedikasikan bukan sahaja untuk mengubah mentaliti orang luar tentang kehidupan dengan kanser, tetapi juga menyediakan keperluan kesihatan profesional, perkhidmatan penjagaan paliatif di rumah dan program pencegahan. Untuk menyokong dalam misi mereka, pekerja XM [..]

post-image

XM sertai Yayasan Sahabat Veteran untuk Menyokong veteran Indonesia

Disiarkn di 09/11/2021 11:36 GMT

Untuk menandakan Hari Kemerdekaan Indonesia yang ke-76 pada bulan Ogos, XM bekerjasama dengan Yayasan Sahabat Veteran, organisasi tidak berasaskan keuntungan, pada bulan September. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua 406 peserta yang telah menyumbang dan menjayakan acara ini. Seperti yang disebut dalam promosi, kami juga turut menderma kepada inisiatif Yayasan Sahabat Veteran. Untuk setiap pelanggan yang layak pada Tahap 1 kami menderma $2, untuk setiap pelanggan yang mencapai Tahap 2 kami menderma $4 dan untuk setiap pelanggan yang mencapai [..]

post-image

XM membantu membersihkan Nicosia di Cyprus untuk Hari Pembersihan Sedunia 2021!

Disiarkn di 05/11/2021 09:54 GMT

Di XM kami mengambil berat tentang planet kami, oleh kerana itu kami berbesar hati untuk membantu dalam Let’s Do It! Nicosia; Pembersihan Komuniti Pertama di Kota Tua Nicosia, Cyprus. Pada hari tersebut, XM telah disertai dengan organisasi yang mewakili kedua-dua komuniti Greek Cypriot dan Turkish Cypriot Nicosia: Rumah Kerjasama, CyprusInno, Unite Cyprus dan NGO Together Cyprus. Sebilangan besar kumpulan ini terkenal dalam usaha ke arah projek yang akan membawa kerjasama lebih baik antara Nicosia; ibu kota Eropah yang terakhir. Dikelilingi [..]

Kami menggunakan kuki untuk memberikan anda pelayaran terbaik di laman web kami. Baca lagi atau tukar tetapan kuki.

Amaran Risiko: Modal anda dalam risiko. Produk yang menggunakan leverage mungkin tidak sesuai untuk semua individu. Sila lihat Pendedahan Risiko kami.