Pelayan Peribadi Maya (VPS) XM MT4

VPS XM — Pelaksanaan Dagangan Pantas melalui Sambungan Berkelajuan Tinggi

VPS XM membolehkan anda membuat sambungan ke Virtual Private Server(VPS) yang terletak hanya 1.5km dari pusat data kami di London dengan sambungan Gentian Optik. Dengan memanfaatkan perkhidmatan ini anda boleh mendapatkan hasil maksimum daripada pelaksanaan XM yang tiada tandingan tanpa perlu risau faktor-faktor lain yang boleh menjejaskan keupayaan anda untuk berdagang dengan efektif seperti kelajuan sambungan internet, kerosakan komputer atau gangguan bekalan elektrik.

Dengan VPS XM, EA anda akan berfungsi tanpa henti, tanpa anda perlu melakukan pemantauan atau membiarkan komputer anda terbuka setiap masa. Perkhidmatan VPS XM akan memberikan akses kepada Windows Server 2012 dengan 1.5 GB RAM, 20 GB Kapasiti Cakera Keras dan 600 MHz Kuasa CPU.

Siapa yang boleh memohon VPS?

Pelanggan yang mempunyai baki akaun dagangan minimum 5000 USD, atau nilai setara dalam mata wang lain, layak untuk memohon VPS percuma di Ruang Keahlian pada bila-bila masa, dengan syarat mereka perlu berdagang sekurang-kurangnya 5 lot pusingan standard atau 500 lot pusingan micro setiap bulan. Semasa memenuhi syarat untuk VPS percuma, kami juga mengambil kira akaun dagangan lain yang didaftarkan oleh pelanggan dengan menggunakan alamat emel yang sama.

Pelanggan yang tidak memenuhi kriteria di atas masih boleh memohon VPS XM di dalam Ruang Keahlian dengan bayaran bulanan sebanyak 28 USD, yang akan ditolak secara automatik dari akaun MT4/MT5 mereka pada hari pertama setiap bulan.

Bagaimana untuk Menyambung ke VPS anda

LANGKAH 1

Klik butang Start dan taip “Remote Desktop Connection” dalam kotak dialog. Apabila anda melihat hasilnya, klik pada pilihan untuk sambungan desktop jarak jauh.

LANGKAH 2

Dari tetingkap Remote Desktop Connection taipkan alamat IP VPS XM anda yang telah disediakan dengan mengklik butang “Connect”.

LANGKAH 3

Untuk sambungan ke VPS XM, hanya masukkan log masuk nama pengguna dan kata laluan VPS anda.

LANGKAH 4

Untuk sambungan kali pertama, anda akan menerima keselamatan segera di mana anda perlu mengesahkan bahawa anda ingin menyambung walaupun terdapat apa-apa amaran standard.

Kami menggunakan kuki untuk memberikan anda pelayaran terbaik di laman web kami. Baca lagi atau tukar tetapan kuki.

Amaran Risiko: Modal anda dalam risiko. Produk yang menggunakan leverage mungkin tidak sesuai untuk semua individu. Sila lihat Pendedahan Risiko kami.