Siri Seminar Terkini Berjaya Dilaksanakan di Filipina

Disiarkn di 20/11/2018 08:39 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Musim luruh ini, lanjutan siri seminar forex berakhir dengan kejayaan yang besar di Filipina di mana kami kembali dengan menawarkan pendidikan profesional percuma kepada pelabur atas talian untuk mengembangkan lagi kemahiran dagangan mereka dengan menggunakan teknik-teknik forex yang lebih efisyen.

Seminar yang bertajuk titled The Avramis River Indicator and Reversal Candles telah disampaikan oleh tenaga pengajar profesional iaitu Jonathan Lou Reyes di tiga lokasi berbeza di antara 13 Oktober dan 17 November: Baguio, Cebu dan Cagayan de Oro.

Acara pendidikan yang telah direka untuk meneroka butiran penting mengenai penggunaan analisis teknikal untuk menganalisis kekuatan dan kualiti trend pasaran telah menarik perhatian ramai pedagang forex yang sangat bersemangat untuk memanfaatkan maklumat langsung yang disediakan. Semua yang menghadiri seminar di ketiga-tiga bandar ini bukan sahaja berpeluang mempelajari butiran berharga mengenai analisis teknikal secara umum tetapi juga berpeluang mempelajari penggunaan indikator teknikal. Ini adalah sebabnya mengapa Jonathan Lou Reyes dalam penyampaiannya menunjukkan keberkesanan Indikator Avramis River yang membantu para pelabur mengenal pasti pasaran yang ranging, menentukan paras sokongan dan rintangan serta mengesan trend yang berkualiti tinggi. Bersama teori yang diterangkan dan butiran-butiran yang ditunjukkan melalui contoh-contoh praktikal, semua tetamu kami dipersembahkan dengan perincian yang jelas mengenai mekanisme teknik dan strategi pelaburan atas talian.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua peserta seminar kerana menghadiri acara di setiap bandar yang kami lawati dan kami berharap untuk kembali semula ke Filipina dengan seminar-seminar percuma pada masa akan datang.