Seminar CFD Berjaya Dilaksanakan di Bogotá dan Medellín

Disiarkn di 18/06/2018 07:35 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Pada awal bulan Jun, XM telah memulakan satu siri seminar baru di beberapa lokasi di Amerika Latin dan seminar kali ini berkisar tentang dagangan CFD.

Siri seminar ini bertujuan untuk memenuhi permintaan pelabur-pelabur online yang melabur dalam CFD dan menyediakan seminar profesional kepada pelabur yang ingin berjinak-jinak dalam pelaburan online. Seminar ini telah mengumpulkan peserta-peserta yang bersedia untuk mendapatkan bimbingan daripada program pendidikan yang disediakan di XM.

Dua destinasi pertama untuk seminar bertajuk CFD Trading with the Moving Average Ribbon adalah Bogotá pada 2hb Jun dan Medellín pada 9hb Jun di mana ramai pelabur baru dan juga berpengalaman telah hadir ke acara yang telah disampaikan oleh instruktor Jarek Duque, Ketua Instruktor untuk Tradepedia di Amerika Latin.

Seminar ini telah dimulakan dengan ciri-ciri utama mengenai dagangan CFD dan diikuti dengan demonstrasi terperinci bagaimana pelbagai instrumen kewangan didagangkan sebagai CFD dan bagaimana analisis teknikal boleh diaplikasikan dalam dagangan.

Penggunaan alat analisis teknikal khusus, Moving Average Ribbon telah diberi penekanan oleh Jarek Duque kerana ia dapat membantu pelabur online untuk menilai kekuatan trend, mengenal pasti sokongan dan rintangan dan mengikut pergerakan tindakan harga. Untuk memudahkan peserta mencerna maklumat yang disampaikan, Jarek Duque menunjukkan contoh-contoh sebenar pada platform dagangan multi-aset MT5.

Seminar ini telah berakhir dengan cabutan bertuah di setiap lokasi dan kami sekali lagi mengucapkan tahniah kepada para pemenang.

Pemenang Cabutan Bertuah – Bogotá

Hadiah ID Akaun MT4/MT5
Hadiah 1: 16181327 Komputer Riba Lenovo
Hadiah 2: 33108949 Komputer Riba Lenovo
Hadiah 3: 31093296 900 XMP (Poin XM)
Hadiah 4: 4243260 600 XMP (Poin XM)
Hadiah 5: 12054627 300 XMP (Poin XM)

Pemenang Cabutan Bertuah – Medellín

Hadiah ID Akaun MT4/MT5
Hadiah 1: 4314832 Komputer Riba Lenovo
Hadiah 2: 2300262 900 XMP (Poin XM)
Hadiah 3: 34096631 600 XMP (Poin XM)
Hadiah 4: 33083963 300 XMP (Poin XM)

Siri seminar ini diteruskan dan lokasi seminar yang akan datang adalah Mexico City, Monterrey dan Guadalajara, dan kami menanti kehadiran mereka yang komited untuk meningkatkan lagi kemahiran dagangan dalam dagangan CFD.

Sila klik untuk mendapatkan maklumat lanjut dan menempah tempat duduk dengan segera untuk lokasi dan tarikh yang anda inginkan.