Seminar Dagangan CFD Terbaru Dijalankan di Thailand

Disiarkn di 28/03/2018 08:51 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Pada bulan Mac ini XM memulakan siri seminar dagangan terbaru di Thailand dan dua lokasi pertama untuk acara ini adalah Phitsanulok pada 17 Mac dan Hat Yai pada 24 Mac.

Di kedua-dua lokasi, instruktor Sompop Jittrakul telah menyampaikan seminar bertajuk Moving Average Ribbon Technique dengan tumpuan khas bagaimana teknik analisis teknikal ini digunakan untuk dagangan pelbagai instrumen kewangan yang didagangkan sebagai CFD (Kontrak Perbezaan).

Tujuan seminar adalah untuk memberikan bimbingan yang praktikal kepada peserta bagaimana Moving Average Ribbon digunakan untuk mengenalpasti perubahan trend pasaran. Sompop Jittrakul memberi penerangan mengapa Moving Average digunakan secara meluas dalam analisis pasaran dan bagaimana Moving Average boleh digabungkan untuk mengenalpasti trend jangka masa pendek, sederhana dan panjang.

Sompop Jittrakul turut menggunakan contoh sebenar dalam penjelasan yang diberikan dan ini memberikan gambaran yang lebih jelas kepada peserta bagaimana Moving Average Ribbon Technique berfungsi untuk dagangan CFD (seperti saham, indeks, logam dan tenaga) pada platform MT5 XM. Peserta seminar mendapat ilmu yang sangat berguna apabila mereka mengetahui bagaimana Moving Average Ribbon dapat menunjukkan isyarat jual dan beli dan membolehkan mereka menentukan waktu yang sesuai untuk masuk dan keluar dari pasaran.

Kami mengucapkan terima kasih kepada semua peserta yang telah hadir ke seminar kami di Phitsanulok and Hat Yai, dan kami juga ingin memaklumkan bahawa siri seminar Thai akan diteruskan lagi di bandar-bandar seperti Chonburi, Korat, Khon Kaen, Ubon Ratchathani dan Chiang Rai.

Kami berharap untuk bertemu dengan pelabur online dalam seminar-seminar yang akan datang. Untuk melihat topik, tarikh, lokasi serta mendaftar untuk seminar yang anda inginkan, sila klik sini.