Seminar Teknik Dagangan di Thailand Berakhir dengan Kejayaan

Disiarkn di 31/10/2018 12:45 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Sama seperti kejayaan seminar forex yang telah diadakan di beberapa daerah di Thailand, dua acara pendidikan terkini yang diadakan di bandar Chiang Mai dan Udon Thani telah dihadiri oleh sebilangan besar pedagang atas talian.

Seminar yang bertajuk Memanfaatkan Volatiliti – The Bollinger Bands telah diberi perhatian yang tidak berbelah bagi oleh para peserta yang telah hadir pada acara di Chiang Mai pada 6 Oktober dan di Udon Thani pada 27 Oktober.

Dalam seminar di setiap bandar tersebut, pengajar forex profesional iaitu Sompop Jittrakul dengan teliti telah menggariskan kebolehgunaan untuk menggabungkan penggunaan teknik Bollinger Bands dalam sistem dagangan individu pelabur atas talian bersama-sama dengan sasaran dalam mengenal pasti tindakan harga serta mengetahui bila waktu yang sesuai untuk memanfaatkan keadaan pasaran yang oversold.

Selain daripada beberapa butiran penting yang berkaitan dengan penggunaan Bollinger Bands, penyampaian Sompop Jittrakul merangkumi banyak maklumat berguna mengenai aspek pasaran global yang berkaitan seperti volatiliti bersama-sama dengan contoh mudah yang ditunjukkan semasa seminar tersebut.

Bagi pihak XM, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pelanggan sedia ada dan baru kami yang telah diberi kesempatan di Chiang Mai dan Udon Thani untuk menghadiri seminar tersebut.

Oleh kerana siri seminar XM masih berterusan di Thailand, dengan ini kami ingin menjemput pelabur atas talian ke seminar forex seterusnya yang akan diadakan di Bangkok pada 3 November 2018.

Untuk penerangan lebih terperinci tentang seminar akan datang dan untuk mendaftar, sila klik sini.