Seminar Forex XM Dijalankan di Baguio

Disiarkn di 23/04/2018 07:37 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Selepas menjalankan banyak seminar dagangan forex percuma di Asia Tenggara pada tahun ini, XM kembali ke Filipina pada 14hb April lalu untuk seminar terkini yang telah disampaikan oleh Jonathan Lou Reyes.

Wakil syarikat kami yang hadir sangat teruja dengan kehadiran ramai peserta ke acara yang dilangsungkan di Microtel Hotel, Baguio di mana Jonathan Lou Reyes telah memberikan pembentangan yang menarik mengenai asas dagangan forex online.

Buat mereka yang baru sahaja bermula dalam bidang pelaburan online, seminar ini memberikan banyak maklumat yang berguna bagaimana untuk mula berdagang melalui bimbingan praktikal yang diberikan ketika seminar. Untuk mereka yang sudah berpengalaman pula, seminar ini menjadi platform untuk meningkatkan lagi kemahiran dagangan mereka.

Asas dagangan forex merupakan perkara terpenting buat mereka yang ingin berusaha bersungguh-sungguh dalam dagangan online. Mengambil kira faktor ini, Jonathan Lou Reyes telah menjelaskan bagaimana pasaran forex berfungsi, aspek-aspek yang perlu diberi perhatian sebelum melakukan keputusan dagangan, sejauh mana analisis teknikal dapat membantu pedagang membuat keputusan untuk masuk dan keluar dari pasaran serta teknik-teknik pengurusan risiko yang boleh digunakan dalam dagangan harian.

Peserta yang hadir turut menerima penjelasan yang terperinci tentang penggunaan platform dagangan MT5 XM melalui contoh-contoh sebenar di mana mereka boleh melakukan dagangan untuk beberapa kelas aset yang berbeza selain daripada forex.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua peserta yang telah hadir ke seminar ini dan kami berharap semua maklumat yang telah disampaikan berguna untuk mereka.

Kami juga ingin menjemput mereka yang tidak berkesempatan untuk hadir ke seminar di Baguio untuk hadir ke seminar yang akan diadakan di Davao City dan Cagayan tidak lama lagi. Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan mendaftar untuk acara yang akan datang, sila klik sini.