Seminar Forex Selesai Dijalankan di Sabah dan Penang

Disiarkn di 03/04/2018 07:15 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Pada 10 dan 31 Mac yang lalu, pelabur-pelabur online dari Malaysia sekali lagi berpeluang untuk menimba ilmu dan meningkatkan lagi kemahiran dagangan mereka melalui seminar dagangan forex profesional anjuran XM yang diadakan di negeri-negeri di seluruh Malaysia.

Kami telah menyambut kehadiran peserta-peserta seminar di Grandis Hotel, Sabah pada 10hb Mac dan seterusnya di Cititel Hotel, Penang pada 31hb Mac. Instruktor Zulle Razak telah menyampaikan seminar mengenai Strategi Pelaburan Dalam Dagangan Online yang mengandungi banyak maklumat tentang kaedah-kaedah yang betul untuk menggunakan alat analisis teknikal serta teknik-teknik untuk menggabungkannya menjadi satu strategi dagangan yang efektif.

Peserta seminar di Sabah dan Penang juga telah menerima nasihat yang praktikal daripada Zulle Razak untuk cara-cara meningkatkan lagi teknik-teknik dagangan individu apabila melakukan dagangan forex dan lain-lain instrumen kewangan. Zulle Razak juga telah menunjukkan penggunaan teknik konfluens menggunakan contoh yang praktikal sekaligus memudahkan para peserta untuk memahami bagaimana cara teknik ini digunakan dalam dagangan sebenar.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua peserta yang telah hadir ke acara kami di kedua-dua buah lokasi dan kami berharap untuk bertemu dengan peserta-peserta dalam seminar yang akan datang di Johor Bahru, Miri dan Melaka.

Klik sini untuk mendapatkan maklumat lanjut seminar serta mendaftar untuk acara yang ingin anda sertai.