Seminar Forex Dijalankan Untuk Pelabur Filipina

Disiarkn di 29/03/2018 07:03 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Pada 24 Mac yang lalu, satu lagi seminar terkini XM telah dijalankan di Bacolod, Filipina dan kami amat gembira dengan kehadiran ramai pelabur online yang berminat untuk belajar tentang asas-asas dagangan forex.

Instruktor profesional Jonathan Lou Reyes yang ditemani oleh wakil-wakil syarikat kami telah menyambut kehadiran tetamu di premis L’Fisher Hotel, Bacolod di mana mereka yang hadir telah mengikuti satu penyampaian yang menarik untuk topik Asas-Asas Dalam Dagangan Forex.

Untuk mereka yang masih baru dalam pelaburan secara online, gambaran yang jelas bagaimana pasaran forex global berfungsi dan bagaimana dagangan online dilakukan pada platform MT4 dan MT5 XM amat penting. Dalam seminar ini, Jonathan Lou Reyes telah memberikan gambaran tentang pasaran global yang diikuti dengan panduan praktikal untuk alat analisis teknikal serta faktor risiko yang perlu diketahui sebelum melakukan dagangan. Para peserta berpeluang untuk mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam untuk semua komponen-komponen utama dalam pelaburan online termasuk faktor psikologi dagangan.

Suasana ketika seminar XM dilangsungkan di Bacolod dapat dilihat seperti di bawah dan kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua peserta di atas kehadiran mereka ke acara ini.

Kami juga ingin menjemput mereka yang tidak sempat hadir ke seminar di Bacolod untuk menghadiri satu lagi seminar yang akan diadakan di Baguio, Filipina. Maklumat lanjut serta pendaftaran boleh didapati di sini.