Tamat Seminar Dagangan Forex dan Saham di Athens

Disiarkn di 31/10/2018 09:38 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Pada 20 Oktober yang lalu, kami menganjurkan satu lagi seminar di Eropah dan kali ini kami ke ibu negara Greece iaitu Athens. XM menawarkan acara pendidikan secara percuma kepada ramai pelabur atas talian yang berhasrat ingin mendalami dan mempelajari lebih lanjut mengenai dagangan forex dan saham.

Wakil syarikat kami telah mengalu-alukan kedatangan para tetamu acara di Hilton Athens Hotel, di mana instruktur dagangan profesional Charalambos Spyridis telah menyampaikan satu seminar yang sangat memukau tentang amalan terbaik untuk pendekatan dagangan forex dan saham.

Semasa pembentangan, banyak penekanan telah diberikan kepada kelebihan berdagang untuk dua jenis aset yang berbeza ini dan alternatif kepada dagangan lain yang ada ketika melabur dalam mata wang atau saham individu. Selepas menunjukkan ciri utama pasaran forex dan saham global, Charalambos Spyridis juga memperuntukkan masa untuk menunjukkan strategi yang digunakan bersama faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan oleh pedagang runcit terhadap cara dagangan individu, matlamat pelaburan dan toleransi risiko.

Jadi, untuk membantu peserta seminar memperoleh pemahaman yang lebih baik tentang butiran yang telah disampaikan, Charalambos Spyridis memberi mereka gambaran yang mendalam mengenai kelebihan melabur dalam pasangan mata wang. Selain itu, penggunaan indikator teknikal yang sangat efisyen daripada Akademi Dagangan Tradepedia, iaitu Indikator Avramis River juga ditunjukkan kepada para peserta yang berpeluang untuk mempelajari dengan mudah bagaimana untuk menganalisis dan menilai trend pasaran dan tindakan harga terhadap aset tertentu.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada para tetamu acara kami kerana menghadirkan diri ke seminar ini dan kami berharap untuk kembali semula ke Greece dengan acara pendidikan selanjutnya bagi membantu pelabur atas talian memperbaiki amalan dagangan mereka.