Seminar Dagangan CFD Berakhir di Lima dengan Kejayaan yang Hebat

Disiarkn di 19/09/2018 07:09 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Pada 15 September yang lalu, XM telah menjelajahi beberapa negara Amerika Selatan termasuk ibu kota Peru, Lima di mana kami sangat gembira menyambut kehadiran tetamu-tetamu ke seminar percuma dagangan CFD.

Instruktor profesional, Jarek Duque yang membentangkan tajuk mengenai teknik-teknik dagangan CFD telah dihadiri oleh sebilangan besar pedagang-pedagang yang sangat mementingkan pendidikan apabila mahu melabur ke dalam beberapa instrumen kewangan.

Jarek Duque membicarakan beberapa topik penting yang berkaitan dengan teknik-teknik analisis teknikal yang berkaitan dengan dagangan CFD yang meliputi bahagian yang tidak boleh diketepikan dalam amalan dagangan atas talian. Selepas ringkasan pasaran global CFD, tetamu-tetamu kami menerima garis panduan bagaimana untuk melabur dalam CFD di platform MT5 dengan memasuki pasaran pada waktu yang sesuai dan menggunakan pengurusan risiko yang betul.

Bagi semua yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai pelaburan dalam CFD yang merupakan bentuk dagangan derivatif yang popular, seminar ini menawarkan semua keperluan stok dagangan, indeks, logam dan tenaga dalam bentuk Kontrak Perbezaan pada platform MT5 di XM.

Acara ini berakhir dengan cabutan bertuah kepada semua yang menghadiri seminar dan kami mengucapkan tahniah sekali lagi kepada para pemenang dan hadiah-hadiah yang dimenangi boleh dilihat di bawah.

Pemenang- Pemenang Cabutan Bertuah

Hadiah MT4/MT5 ID Akaun
Hadiah Pertama: 38097835 iPhone X
Hadiah ke-2: 31135861 Komputer Riba HP
Hadiah ke-3: 12102480 Komputer Riba HP
Hadiah ke-4: 33013394 900 XMP (XM Poin)
Hadiah ke-5: 38138879 600 XMP (XM Poin)
Hadiah ke-6: 33192477 300 XMP (XM Poin)

Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang menghadiri seminar XM di Lima. Di dalam gambar-gambar di bawah, kami sempat merakamkan beberapa acara kemuncak dan kami sangat berbesar hati menjadi tuan rumah kepada pedagang-pedagang Peru.

Dengan ini, kami menjemput pedagang-pedagang atas talian yang ingin terus belajar bersama XM ke seminar akan datang di Amerika Latin. Maklumat lanjut boleh baca di sini.