post-image

XM Menyumbang kepada Organisasi Tidak Berasaskan Keuntungan Misr El Kheir untuk Dana Air Bersih

Disiarkn di 24/11/2021 14:17 GMT

Kami ingin mengumumkan bahawa kami telah menderma kepada organisasi tidak berasaskan keuntungan Misr El Kheir untuk menyokong usaha mereka dalam menyampaikan bekalan air minuman bersih di kawasan luar bandar dan perkampungan di Mesir. Bekalan air bersih di luar bandar Mesir adalah satu masalah yang berterusan, dengan berjuta penduduk masih tidak mempunyai bekalan air yang selamat. Kekurangan air bersih mengakibatkan sanitasi yang buruk dan penularan penyakit yang membawa maut terutamanya kepada kanak-kanak. Misr El Kheir mempunyai program yang baik dalam pemberian [..]

post-image

XM Menyertai Larian Amal bagi Mengumpul Dana untuk Pesakit Kanser

Disiarkn di 10/11/2021 09:30 GMT

Di XM, kami sangat percaya dalam membantu memerangi kanser. Oleh kerana itu, kami mengambil bahagian dalam kempen We Run for Life bagi mengumpul wang untuk Persatuan Pesakit Kanser dan Rakan Cyprus (PASYKAF). Organisasi PASYKAF mempunyai lebih dua dekad pengalaman dalam memperbaiki kehidupan pesakit yang menghidap kanser. Ia didedikasikan bukan sahaja untuk mengubah mentaliti orang luar tentang kehidupan dengan kanser, tetapi juga menyediakan keperluan kesihatan profesional, perkhidmatan penjagaan paliatif di rumah dan program pencegahan. Untuk menyokong dalam misi mereka, pekerja XM [..]

post-image

XM sertai Yayasan Sahabat Veteran untuk Menyokong veteran Indonesia

Disiarkn di 09/11/2021 11:36 GMT

Untuk menandakan Hari Kemerdekaan Indonesia yang ke-76 pada bulan Ogos, XM bekerjasama dengan Yayasan Sahabat Veteran, organisasi tidak berasaskan keuntungan, pada bulan September. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua 406 peserta yang telah menyumbang dan menjayakan acara ini. Seperti yang disebut dalam promosi, kami juga turut menderma kepada inisiatif Yayasan Sahabat Veteran. Untuk setiap pelanggan yang layak pada Tahap 1 kami menderma $2, untuk setiap pelanggan yang mencapai Tahap 2 kami menderma $4 dan untuk setiap pelanggan yang mencapai [..]

post-image

XM membantu membersihkan Nicosia di Cyprus untuk Hari Pembersihan Sedunia 2021!

Disiarkn di 05/11/2021 09:54 GMT

Di XM kami mengambil berat tentang planet kami, oleh kerana itu kami berbesar hati untuk membantu dalam Let’s Do It! Nicosia; Pembersihan Komuniti Pertama di Kota Tua Nicosia, Cyprus. Pada hari tersebut, XM telah disertai dengan organisasi yang mewakili kedua-dua komuniti Greek Cypriot dan Turkish Cypriot Nicosia: Rumah Kerjasama, CyprusInno, Unite Cyprus dan NGO Together Cyprus. Sebilangan besar kumpulan ini terkenal dalam usaha ke arah projek yang akan membawa kerjasama lebih baik antara Nicosia; ibu kota Eropah yang terakhir. Dikelilingi [..]

post-image

XM percaya bahawa tidak boleh ada kanak-kanak tanpa pakaian seragam sekolah

Disiarkn di 13/10/2021 08:53 GMT

XM baru-baru ini menyediakan pakaian seragam sekolah baru untuk kanak-kanak di Pusat Pelarian Kofinou di Cyprus. Nasib penderitaan pelarian membuatkan sebilangan besar dari kita merasa simpati, kerana keluarga yang tidak bersalah terpaksa meninggalkan kediaman mereka dengan alasan di luar kawalan mereka. Sebilangan daripada mereka telah mendapat perlindungan di Pusat Pelarian Kofinou di Cyprus. Selain dari keperluan asas seperti tempat tinggal dan makanan, mereka juga perlu mencari tujuan dalam hidup dan untuk mula bangun semula. Bagi kanak-kanak, ini bermaksud pergi ke [..]

post-image

XM Menyumbang kepada MIASA dalam menyokong Penyakit Mental di Malaysia

Disiarkn di 22/09/2021 08:56 GMT

Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan XM untuk membantu orang yang memerlukan di seluruh dunia, baru-baru ini kami menyumbang kepada Mental Illness Awareness & Support Association (MIASA) di Malaysia. Badan amal yang berpusat di Selangor memberikan sokongan kepada pesakit dan penjaga melalui pelbagai inisiatif program dan sokongan. MIASA pertama kali ditubuhkan pada tahun 2017 oleh pengasanya, Puan Anita Abu Bakar. Ianya telah menjadi pelopor dalam membentuk ekosistem kesihatan mental ke arah pendekatan model pemulihan dengan menubuhkan ‘The Orchid Clubhouse’, yang berfungsi [..]

post-image

Sumbangan XM untuk Bencana Kebakaran Greece

Disiarkn di 25/08/2021 13:55 GMT

XM telah menyumbang kepada misi Red Cross di Greece untuk membantu penduduk dan haiwan yang terjejas oleh kerana kebakaran yang telah melanda Greece sepanjang bulan Ogos. Ribuan penduduk terpaksa mengosongkan rumah mereka di seluruh daratan dan di beberapa pulau ketika lebih dari 500 kebakaran melanda di seluruh pelosok negara. Gelombang panas terburuk dalam beberapa dekad telah menambah kesukaran dan menjadikan kebakaran lebih mudah merebak serta anggota bomba berusaha untuk menjaga keselamatan kawasan penduduk. Sebagai tambahan bagi sumbangan, Pasukan Tanggungjawab Sosial [..]

post-image

XM Menyumbang kepada Red Cross Cyprus

Disiarkn di 02/08/2021 08:31 GMT

XM telah menyumbang kepada misi Red Cross di Cyprus, Cyprus Red Cross Society (CRCS) dengan sejumlah wang untuk menampung pembelian van mini dibina khas dengan kerusi roda yang telah diubah suai untuk memudahkan pengangkutan pesakit. Misi Red Cross telah berkembang selama bertahun-tahun. Pada mulanya dibentuk untuk memberi bantuan kepada mereka yang cedera di medan perang, kini ia mempunyai tujuan yang lebih luas untuk mencegah dan meringankan penderitaan manusia di mana sahaja yang dapat ditemui di dalam dan luar negara. Inisiatif [..]

post-image

XM Menyokong Thammasat University Hospital Memerangi Covid-19

Disiarkn di 19/07/2021 12:06 GMT

XM telah menyumbang kepada Thammasat University Hospital Thailand dalam menyokong usaha mereka untuk merawat pesakit yang dijangkiti Covid-19. Covid-19 merupakan krisis global terbesar sejak Perang Dunia Kedua dan usaha besar sedang dilakukan untuk membatasi kehancuran yang disebabkan oleh wabak tersebut. Banyak hospital dan pusat perubatan, termasuk Thammasat University Hospital, sedang berjuang untuk mengatasi peningkatan jumlah pesakit yang memerlukan rawatan perubatan. XM telah menyahut seruan Thammasat University Hospital untuk memberi sumbangan dalam membantu membiayai pembelian peralatan dan bekalan perubatan tambahan yang [..]

post-image

XM Menyokong Misi Malala Fund untuk Memberi Pendidikan kepada Setiap Remaja Perempuan

Disiarkn di 25/05/2021 09:56 GMT

XM telah menyumbang kepada Malala Fund untuk menyokong usaha mereka bagi memberi akses pendikan kepada remaja perempuan di seluruh dunia. Lebih daripada 130 juta remaja perempuan di seluruh dunia tidak diberi peluang untuk mendapatkan pendidikan. Terdapat banyak sebab antaranya: kemiskinan, peperangan dan buruh kanak-kanak di samping diskriminasi jantina dan perkahwinan awal. Hasil kerja Malala Fund meliputi peningkatan akses pendidikan di peringkat tempatan, nasional dan antarabangsa di seluruh dunia. Misi mereka adalah untuk memastikan sebanyak mungkin remaja perempuan mendapat akses pendidikan [..]

Kami menggunakan kuki untuk memberikan anda pelayaran terbaik di laman web kami. Baca lagi atau tukar tetapan kuki.

Amaran Risiko: Modal anda dalam risiko. Produk yang menggunakan leverage mungkin tidak sesuai untuk semua individu. Sila lihat Pendedahan Risiko kami.