Berita syarikat

post-image

XM Menyokong usaha UNICEF untuk memberikan 2 bilion vaksin Covid-19

Disiarkn di 13/05/2021 09:21 GMT

XM telah menyumbang kepada UNICEF untuk menyokong usaha mereka dengan menghantar dua bilion vaksin Covid-19 kepada perkerja kesihatan dan orang yang paling berisiko tinggi di dunia. Misi UNICEF adalah projek bekalan menyeluruh yang melibatkan pembelian, pengangkutan dan pemberian vaksin ke tempat paling terpencil di dunia. Covid-19 adalah krisis global terbesar sejak Perang Dunia Kedua dan usaha besar diperlukan untuk membatasi kerosakan yang sedang berlaku. UNICEF sedang menyeru untuk bantuan bagi misi mereka: BANTUAN UNTUK MENYAMPAIKAN SEJARAH dan telah melabur dalam [..]

post-image

XM Memberi Sumbangan kepada Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia

Disiarkn di 06/05/2021 12:03 GMT

Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan XM untuk membantu orang yang memerlukan di seluruh dunia, kami baru-baru ini menyumbang kepada Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM). Badan amal tersebut menyediakan perkhidmatan yang berkaitan dengan rawatan holistik kepada pesakit kanser, penjaga dan masyarakat umum termasuk pemeriksaan kanser dan kesihatan, perubatan nuklear, rumah kanak-kanak, serta program berhenti merokok melalui klinik khusus. Sumbangan membantu badan amal ini memberi kesan positif terhadap kehidupan pesakit barah kerana ianya dapat membantu dalam menyediakan tempat tinggal, kesihatan, pendidikan, dan [..]

post-image

Notifikasi Penting – Cuti Bank bulan Mei

Disiarkn di 27/04/2021 10:08 GMT

Kami ingin memaklumkan kepada anda bahawa oleh kerana beberapa cuti umum yang berlaku pada bulan Mei, waktu dagangan untuk pelbagai instrumen akan terjejas antara 3 dan 31 Mei 2021. Sila lihat jadual di bawah untuk melihat instrumen mana yang akan terjejas dan bagaimana: [..]

post-image

COLWMA Sekali Lagi Menganugerahkan XM Penyedia Perkhidmatan FX Terbaik

Disiarkn di 15/04/2021 09:25 GMT

City of London Wealth Management Awards (COLWMA) telah menamakan XM sebagai Penyedia Perkhidmatan FX Terbaik di majlis anugerah pada Mac. Ini adalah kali keempat sejak tahun 2017 kami memenangi Penyedia Perkhidmatan FX Terbaik yang diberikan kepada broker yang menyediakan perkhidmatan forex yang berkualiti. Anugerah tahunan COLWMA disokong oleh London Stock Exchange yang menghargai, mempromosikan serta meraikan perkhidmatan berkualiti dari syarikat pengurusan harta serta individu. Pemenang untuk COLWMA 2021 ditentukan oleh undian awam atas talian yang diadakan antara 18 Januari sehingga [..]

post-image

XM Memenangi Anugerah Perak di Cyprus HR Awards 2020

Disiarkn di 13/04/2021 09:59 GMT

Dengan bangganya kami mengumumkan bahawa pada hari Isnin, 8 Mac 2021, Cyprus HR Awards 2020 menyampaikan kepada kami Anugerah Perak dalam kategori Pelan Tindakan HR Covid-19 — Perniagaan seperti Biasa, pada tahun 2020 yang Luar Biasa sebagai pengiktirafan terhadap amalan HR semasa pandemik. Sejak Mac 2020, kami berjaya mengatur tindak balas yang cepat selaras di semua jabatan dan pasukan kami di semua bandar dan negara yang kami kendalikan untuk memastikan keselamatan pekerja kami dan kejayaan operasi perniagaan kami yang berterusan. [..]

post-image

XM Menyumbang kepada Indonesia Siap Siaga

Disiarkn di 02/04/2021 08:46 GMT

Pada 25 Februari 2021, XM menyumbang kepada projek pengumpulan dana Indonesia Siap Siaga dalam menyediakan bekalan makanan, perubatan dan kebersihan untuk mangsa gempa bumi baru-baru ini yang melanda wilayah tersebut. Siap Siaga adalah projek bagi Dompet Dhuafa, sebuah organisasi Indonesia tidak berasaskan keuntungan yang menyalurkan bantuan kepada orang yang memerlukan. Sumbangan kami ditujukan untuk pengedaran Kit Kebersihan kepada mangsa gempa bumi. Kami tetap komited untuk menyokong orang yang kurang bernasib baik di seluruh dunia dan untuk mewujudkan peluang yang sama [..]

post-image

Notifikasi Penting – Cuti Bank bulan April

Disiarkn di 31/03/2021 09:58 GMT

Kami ingin memaklumkan kepada anda bahawa oleh keranaPaskah Katolik dan Ortodoks, berlaku pada bulan April, waktu dagangan untuk pelbagai instrumen akan terjejas antara 01-30 April 2021. Sila lihat jadual di bawah untuk melihat instrumen mana yang akan terjejas dan bagaimana: [..]

post-image

XM Menyokong Go with the Flow

Disiarkn di 29/03/2021 11:48 GMT

Kami dengan sukacitanya mengumumkan keberhasilan sokongan dan kerjasama tahunan kami dengan Go with the Flow, sebuah kumpulan amal yang menangani masalah kebersihan dan masalah remaja perempuan yang kurang bernasib baik di Uganda. Remaja perempuan Monde di luar bandar Uganda sering tidak menghadirkan diri ke sekolah oleh kerana mereka tidak mempunyai akses kepada produk sanitari.Sebaliknya, mereka menggunakan kain atau daun yang sangat tidak bersih, tidak selesa, serta memalukan, sehingga hampir mustahil untuk mereka pergi ke sekolah dan mengambil bahagian dalam aktiviti [..]

post-image

XM Menyumbang kepada Hospital Awam Mexico City

Disiarkn di 23/03/2021 12:57 GMT

Kami ingin mengumumkan bahawa pada 12 Februari 2021 kami telah menyumbangkan bekalan perubatan melalui Universidad Panamericana kepada doktor di hospital 20 de Noviembre, sebuah hospital awam Mexico City, untuk membantu mereka dalam memerangi Covid-19. Bekalan tersebut terdiri daripada topeng muka, sarung tangan dan baju perubatan. Mexico adalah salah satu negara paling terjejas di dunia, berada di 15 negara teratas yang dilaporkan dalam kes Covid-19 dan menduduki tempat ke 3 dalam kematian berkaitan dengan covid seluruh dunia. Hospital awam di Mexico [..]

Kami menggunakan kuki untuk memberikan anda pelayaran terbaik di laman web kami. Baca lagi atau tukar tetapan kuki.

Amaran Risiko: Modal anda dalam risiko. Produk yang menggunakan leverage mungkin tidak sesuai untuk semua individu. Sila lihat Pendedahan Risiko kami.